|
1. Ujian Identifikasi
a. Senarai alat yang diguna.
b. Senarai bahan kimia/reagen yang diguna.
c. Cara penyediaan larutan sampel & piawai (jika berkenaan).
d. Kaedah yang diguna serta prosedur ujian yang dijalankan.
e. Spesifikasi atau acceptance criteria.
2. Ujian fizikal seperti friabiliti, keseragaman berat , pH, kelikatan dll
a. Alat yang diguna serta parameter ujian.
b. Cara penyediaan sampel (jika berkenaan).
c. Spesifikasi dan acceptance criteria.
3. Ujian pengecaian
a. Alat yang diguna.
b. Medium ujian.
c. Spesifikasi.
4. Ujian pelarutan
a. Senarai alat yang diguna.
b. Senarai bahan kimia/reagen yang diguna.
c. Parameter ujian seperti jenis & isipadu medium, kadar pusingan, suhu serta masa ujian.
d. Cara penyediaan medium ujian, larutan sampel & piawai (jika berkenaan).
e. Cara & kaedah analisis (HPLC, UV dll) serta prosedur ujian yang dijalankan. Misalnya jika mengguna kaedah HPLC, protokol perlu menyatakan cara penyediaan mobile phase, jenis & jenama kolum yang diguna, run time, cara pengesanan (UV, RI etc), injection volume, system suitability test, parameter ujian dll.
f. Kromatogram/UV spectrum typical untuk ujian ini (jika berkenaan).
g. Cara pengiraan yang lengkap. Misalnya untuk produk slow release, pengiraan mesti mengambil kira kuantiti bahan aktif dalam isipadu medium yang telah dikeluarkan untuk analisis.
h. Spesifikasi ujian.
5. Ujian bahan berkaitan/degradasi/impurities
a. Senarai alat yang diguna.
b. Senarai bahan kimia/reagent yang diguna.
c. Cara penyediaan larutan sampel & piawai (jika berkenaan).
d. Kaedah yang diguna serta prosedur ujian yang dijalankan.
e. Cara pengiraan yang lengkap.
f. Kromatogram typical untuk semua larutan yang diguna.
g. Spesifikasi atau acceptance criteria.
6. Ujian esei & keseragaman isikandungan.
a. Senarai alat yang diguna.
b. Senarai bahan kimia/reagen yang diguna.
c. Cara penyediaan larutan sampel & piawai.
d. Kaedah yang diguna serta prosedur ujian yang dijalankan.
Misalnya jika mengguna kaedah HPLC, protokol perlu menyatakan cara penyediaan mobile phase, jenis & jenama kolum yang diguna, run time, cara pengesanan (UV, RI etc), injection volume, system suitability test, parameter ujian dll.
e. Cara pengiraan yang lengkap.
f . Kromatogram typical untuk semua larutan yang diguna.
g. Spesifikasi atau acceptance criteria.
7. Ujian Pirogen/Abnormal Toxicity
a. Senarai alat, alat kaca (glassware) dan diluen.
b. Cara penyediaan larutan sampel dan dos suntikan ke atas haiwan.
c. Prosedur ujian.
d. Interpretasi ujian.
e. Spesifikasi ujian.
8. Ujian Bacterial endotoxins(LAL)
a. Senarai alat, alat kaca (glassware) dan reagen.
b. Cara penyediaan larutan-larutan standard, reagen LAL/substrate dan
sampel.
c. Penentuan MVD (Maximum Valid Dilution) dan Endotoxin Limit.
d. Prosedur ujian.
e. Pengiraan dan interpretasi ujian.
f. Spesifikasi ujian.
9. Ujian Had dan Kontaminasi Mikroorganisma (MLT)
Perkara-perkara berikut hendaklah ditulis dengan lengkap dan jelas di dalam protokol analisis yang dikemuka untuk penilaian :
a) Senarai alat yang diguna (alat yang kritikal sahaja)
b) Senarai kultur media dan bahan-bahan kimia yang diguna
c) Prosedur penyediaan kultur media
d) Prosedur menentu keberkesanan kultur media dan kesahihan kaedah pengiraan koloni
e) Prosedur penyediaan sampel produk untuk pengujian (produk larut air, bukan lemak dan tidak larut air, produk lemak, transdermal patches)
f) Prosedur peneutralan sampel produk jika mengandungi bahan pengawet atau bahan yang boleh mencegah atau menjejas pertumbuhan mikroorganisma
g) Prosedur terperinci pengujian tahap kontaminasi mikroorganisma (bakteria dan fungi) mengguna samada kaedah penurasan membran, plate-count' atau kaedah lain farmakopoeia yang sesuai
h) Prosedur mentafsir keputusan ujian (cara-cara mengira unit membentuk koloni)
i) Prosedur terperinci pengujian mikroorganisma spesifi :
i) Enterobakteria & bakteria Gram negative lain
(cara pengesanan dan penilaian kuantitatif) |
mengesan, mengenalpasti
dan mengesah
(secara biologikal atau serologikal) |
| ii) Escherichia coli |
| iii) Salmonella |
| iv) Pseudomonas aeruginosa |
| v) Staphylococcus aureus |
j) Spesifikasi atau 'acceptance criteria' untuk setiap kontaminasi mikroorganisma serta rujukan spesifikasi
10. Ujian Kesterilan
I. Perkara-perkara berikut hendaklah ditulis dengan lengkap dan jelas di dalam protokol
analisis yang dikemuka untuk penilaian :
a) Pengenalan ringkas|
b) Tujuan
c) Skop
d) Senarai kemudahan & keperluan untuk pengujian
i) kelengkapan/peralatan yang kritikal sahaja (contoh: bilik bersih, isolator, dll.)
ii) media
iii) kultur mikroorganisma (aerobik, anaerobik & fungi)
iv) bahan-bahan kimia (contoh: pelarut, penampan, pembilas, dll)
v) agen peneutralan (jika perlu)
e) Prosedur lengkap untuk penyediaan media, kultur mikroorganisma, bahan-bahan kimia dan agen peneutralan (jika perlu)
f) Prosedur lengkap untuk pengujian validasi ke atas media :
i) prosedur pengujian kesterilan media
ii) prosedur pengujian kesuburan media (growth promotion test) menggunakan mikroorganisma aerobik, anaerobik dan fungi.
g) Prosedur penyampelan dan penyediaan sampel
i) bilangan bekas yang diuji dari setiap kelompok dan kuantiti yang diuji dari setiap bekas
ii) pelarutan sampel (pelarut yang diguna)
iii) peneutralan bahan pengawet atau bahan yang boleh mencegah / menjejas pertumbuhan mikroorganisma, jika terdapat di dalam sampel
h) Prosedur pengujian sampel samada mengguna kaedah penurasan membran (sistem terbuka atau sistem tertutup) atau kaedah inokulasi langsung
i) Prosedur validasi ke atas kaedah pengujian steriliti (ujian bakteriostasis dan
fungistasis) menggunakan mikroorganisma aerobik, anaerobik dan fungi.
j) Prosedur pemantauan efikasi media ujian di akhir tempoh inkubasi (ujian stasis - bukan mandatori)
k) Prosedur mentafsir keputusan ujian
l) Spesifikasi atau acceptance criteria' dan rujukan
II. Data-data berikut yang lengkap hendaklah dikemuka bersama-sama protokol analisis :
a) Keputusan ujian kesterilan media
b) Keputusan ujian kesuburan (Growth Promotion Test')
c) Keputusan validasi ke atas kaedah pengujian steriliti (ujian bakteriostasis dan fungistasis)
11. Esei Kandungan Cara Mikrobiologi
Perkara-perkara berikut hendaklah ditulis dengan lengkap dan jelas di dalam protokol analisis yang dikemuka untuk penilaian :
a) Kaedah analisis (contoh: cara pembauran agar)
b) Senarai alat dan bahan-bahan yang diguna seperti berikut:
i) alat-alat yang kritikal sahaja
ii) bahan-bahan media
iii) kultur mikroorganisma
iv) bahan-bahan kimia (pelarut, penampan, pembilas, dan lain-lain)
v) agen peneutralan (jika berkenaan)
c) Prosedur penyediaan bahan-bahan berikut:
i) media
ii) kultur mikroorganisma
iii) larutan-larutan bilasan, penampan, pelarut
iii) bahan antimikrobial yang terdapat dalam sampel untuk tujuan spiking' (contoh: pelarut yang diguna, jika berkenaan)
d) Prosedur penyediaan larutan sampel produk dan larutan piawai. Jika lakukan 'spiking', nyatakan dengan jelas peringkat 'spiking' dilakukan
e) Prosedur penganalisaan
f) Prosedur pengiraan lengkap yang menunjukkan kesahihan esei mikrobiologi tersebut
|